Friday, October 29, 2021

Sejarah Kota Bharu sebagai Pelabuhan

http://pp-sk.blogspot.com/2015/06/ramai-orang-tidak-tahu-kota-bharu-juga.html?m=1

PERSATUAN PENCINTA SEJARAH KELANTAN

Pages

JUN

8

Ramai Orang Tidak Tahu, Kota Bharu juga ada Pelabuhan : Siri Binaan Bersejarah

Pendahuluan

Kota Bharu adalah Ibu Negeri Kelantan, sejarahnya panjang dan lokasi pusat bandarnya telah berubah sebanyak dua kali sebelum kekal sebagaimana pada hari ini. Walaupun pusat bandar sering berpindah, ia tetap dibina di pinggir sungai, membuktikan bahawa Kesultanan Kelantan pada masa tersebut amat bergantung dengan pengangkutan air. Hal ini bertambah kukuh apabila di sepanjang sungai Kelantan wujud pelbagai pengkalan untuk perahu atau sampan berlabuh. Bagaimanapun  satu hal yang tidak ketahui ramai, Kota Bharu mempunyai Pelabuhan yang tersendiri suatu waktu dahulu.


Lakaran "Pelabuhan" Kota BharuJeti atau Pelabuhan
Dalam dunia maritim terdapat banyak istilah berkaitan kemudahan untuk kenderaan air berlabuh, istilah yang paling kerap kita dengar adalah pelabuhan dan jeti, walaupun dua istilah ini saling berkaitan ia sebenarnya membawa maksud yang berlainan. Berikut maksud istilah tersebut:

Pelabuhan membawa maksud pusat perdagangan untuk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang. 

Jeti pula membawa maksud binaan yang menganjur ke laut atau sungai untuk kapal, bot dan sebagainya singgah.


Daripada lakaran suasana di atas jelas kelihatan kemudahan tersebut lebih kelihatan sebagai pelabuhan walaupun ia tidak semegah pelabuhan-pelabuhan lain yang teradapa di semenanjung, lagipun ia terletak di tebing sungai, tidak seperti pelabuhan entrepot lainnya yang terletak di perairan lepas.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dengan tepat dimanakah lokasi lakaran diatas memandangkan pada masa tersebut terdapat dua struktur yang sama wujud di Palekbang dan satu lagi dikenali sebagai Jeti Kastam, kedua-dua lokasi ini terletak di tebing sungai Kelantan dan saling berhadapan satu di tebing barat sungai Kelantan dan satu lagi di tebing timur sungai Kelantan.

Apa yang menarik disini adalah Jeti Kastam Kota Bharu di tebing timur Sungai Kelantan masih wujud, namun penggunaannya amat minimal, bagaimanapun pelabuhan di Palekbang sudah tenggelam dalam timbunan lumpur ekoran banjir yang selalu melanda Kota Bharu. Bagaimanapun ianya telah digali semula pada penghujung 2012 dan ia pernah mencetuskan satu kontroversi suatu masa dahulu.

Sebenarnya maklumat berkenaan pelabuhan atau jeti ini tidak ditonjolkan dalam mana-mana penerbitan dan agak sukar untuk mencari maklumat berkenaan kemudahan maritim ini di Kota Bharu sebaliknya fungsi Tambatan Diraja yang lebih ditekankan.

Fungsi Pelabuhan Kota Bharu tidak dapat disembunyikan lagi, terutama di Palekbang walaupun ia kini sudah sepi dan dibiarkan terus tenggelam ditelan masa, kami mengambil secebis masa untuk merakamkan perihal pelabuhan ini. Menurut buku yang ditulis oleh W.A. Graham, Penasihat Siam ke Kelantan yang berbangsa Inggeris menyatakan dengan jelas hasil dagangan di Kelantan pada tahun 1907 melebihi $2.5 JUTA,  satu nilai yang amat besar pada zaman tersebut.

Hasil Dagangan Negeri Kelantan pada 1906Rekod ini jelas mencatatkan nilai dagangan Kelantan sebelum dijajah oleh British pada tahun 1909 mencecah jutaan dollar, nilai ini pastinya tidak dapat dicapai andai Kota Bharu tidak mempunyai kemudahan pelabuhan yang efisyen dalam memastikan aktiviti perdangangan berlangsung dengan baik seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan.

Musnah
Pada dekad 1930an pelabuhan Palekbang masih wujud, ia menjadi pusat pengurusan sistem pengangkutan sungai di Kelantan yang pada masa itu menggunakan kapal stim. Perkhidmatan tersebut dimulakan oleh Syarikat Duff pada tahun 1905 yang menghubungkan Kota Bharu dengan jajahan seperti Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Batu Mengkebang. Setelah sistem perkhidmatan keretapi diperkenalkan yang juga dibina sepanjang Sungai Kelantan menghubungkan Kota Bharu dengan jajahan paling selatan di Gua Musang, telah menjejaskan perkhidmatan pengangkutan Sungai. Selain itu, dengan siapnya Pelabuhan di Tumpat turut menjejaskan fungsi pelabuhan di Kota Bharu.

Setelah itu Penggunaan kapal terhad kepada urusan perdagangan sahaja. Dalam dekad 1920an, Kelantan aktif mengimport Lembu, Kerbau dan Kopra (kelapa kering) ke Singapura dan ia menggunakan pelabuhan Palekbang. Pada waktu ini juga, orang ramai menggunakan pelabuhan Palekbang untuk menaiki feri yang dikenali sebagai "Kapal Belangkas" untuk ke Kota Bharu. Ia telah mengalami kerosakan yang teruk ekoran serangan bom Jepun dalam Perang Dunia Kedua, ia tidak pernah dibaikpulih sebaliknya ia telah dirobohkan dalam tahun 1970an.

Justeru, rakyat Kelantan harus sedar bahawa Kelantan bukan setahun dua ini diuar-uarkan dengan pembinaan Pelabuhan, sebaliknya kita telah memiliki beberapa pelabuhan antaranya, Pelabuhan Kota Bharu (Palekbang dan Jeti Kastam) dan Pelabuhan Tumpat. Bagaimanapun kedua-duanya musnah dalam Perang Dunia Kedua. Pada saat ini, Kelantan sedang menyaksikan Pelabuhan Tok Bali sedang rancak dalam pembinaan di Kuala Semerak.


Jeti Kastam Kota Bharu


Bekas Pelabuhan di Palekbang

Bekas Pelabuhan di PalekbangBekas Pelabuhan di Palekbang

Bekas Pelabuhan di Palekbang


Nilai Import dan Eksport Kelantan pada tahun 1907 sebanyak $2.5 juta


Jumlah Import dan Eksport Barangan di Kelantan pada 1907


 "Kopra" dan Kelapa antara barangan eksport Kelantan pada tahun 1920.
Gambar ini dirakam di Pelabuhan Palekbang sebelum ianya musnah teruk
dalam serangan Jepun pada Disember 1942. Ia akhirnya dirobohkan sepenuhnya dalam
tahun 1970an.


Antara Kemudahan yang terdapat di Pelabuhan Kota Bharu dalam tahun 1920"Kapal Belangkas" di Kota Bharu





Posted 8th June 2015 by Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan

Labels: Sejarah

 

0 Add a comment

Loading



Tuesday, May 11, 2021

KEPADA ORANG PATANI DI MALAYSIA-AKU ANAK MELAYU PATANI

 KEPADA ORANG PATANI DI MALAYSIA


-AKU ANAK MELAYU PATANI


Kata orang aku sudah senang di Malaysia.Aku telah menetap di Malaysia setelah ibu bapa aku berpindah ke sini. Aku anak Teluban atau Selindung Bayu ( bukan Sai Buri yang Siam beri nama). Sebenarnya aku tidak senang. Aku menangis dalam ketawa memikirkan Agama, Bangsa, Bahasa dan Tanah Tumpah Darah Ku dijajah. Anak negeri pula sudah lupa asal-usul. Tidak ada jati diri!!!! Telah lupa sejarah.Mengaku dirinya Siam.Bila jijak kaki saja di Malay........mengaku diri, kita ore Siae............... menangis datuk nenek dalam kubur bila mendengar.


Sekali sekala aku balik melihat tanah tumpah darah aku, aku menangis betapa bangsa ku semakin terhakis. Orang melayu yang tidak berpelajaran dan berpelajaran peringkat menengah Siam begitu berbangga dengan ungkapan "rao khon Thai"(kita orang Siam) dan selalu mengaku " Thai rao"(Siam kita). Orang kampung yang tak bersekolah pula selalu kata "negeri siae kito".


Sedarlah bangsa ku kita bukan orang Siam. Bukan Siam kita.Bukan negeri Siam!!! Tapi negeri kita Patani.Kita bangsa Melayu.Bangsa Siam telah membunuh datuk nenek kita.Orang Melayu zaman dahulu mengalir darah, berbuih nanah kerana melawan Siam. Kita senang-senang mengaku kita ini Siam.Cuba ingat cerita orang tua-tua kita.Pahlawan Melayu ketingnya dicucuk dengan rotan baramai di bawa ke Bangkok. Dijadikan hamba abdi dan dipaksa sembah berhala. Mereka ini mati dengan terseksa.Menangis keluar air mata darah.Mati mereka seperti bangkai haiwan, dibakar,dibuang ke sungai dan dikambus seperti ayam itik.


Kalaulah mereka dapat dihidupkan kembali sudah tentu mereka akan tuntut bela dengan melawan Siam sekali lagi dan insyallah kita akan berjaya.Tapi adakah mereka boleh dihidupkan kembali.Sudah tentu tidak. Kita yang masih hidup inilah sepatutnya berjuang dan sambung perjuangan mereka. Tapi bangsa Melayu sekarang sudah jadi penakut, pengecut dan hati tikus.Tepuklah dada kamu dan laung kepada Siam "aku anak Melayu Patani".Di negeri Patani yang lain sebutlah "aku anak Menara"(bukan Narathiwat)!!!! "Aku anak Nibung" (bukan Yala)!!!! "Aku anak Setul"(bukan Sattun)!!!! Aku Anak Senggora (bukan Songkhla)!!!!


Hai orang Melayu........sedarlah bangsa kitalah yang paling besar di Asia Tenggara.Kita adalah Melayu Raya. Siam hanya sekadar Siam sahaja.Bahasa dia paling tidak laku di Dunia.Bahasa Siam adalah setaraf dengan Bahasa Burma, Laos, Kemboja dan Bahasa Orang Asli di Malaysia. Bahasa Melayu adalah salah satu Bahasa yang terbesar di DUNIA!!!!! Bahasa yang diguna oleh beratus-ratus juta manusia. Di Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura, Selatan Philipina, setengah kawasan di Afrika Selatan,s etengah kawasan di Sri Lanka dan setengah kawasan di Kemboja. Beratus juta manusia berbahasa Melayu bukan seperti Bahasa Siam.Kuno,jakun dan darat.


Sungguh memalukan.........wahai bangsa ku dengan memuja bahasa Siam kononnya dianggap bila pandai bercakap Siam dikatakan ada standard(hilir). Sebab itulah pelayan-pelayan kedai makan dan restoran di Malaysia yang mari balik sana suka bercakap Siam dan menyanyi lagu-lagu Siam. Aku tersa sungguh malu begitu bodohnya bangsa ku.Bangsa ku sudah lupa Bangsa Melayu Patani adalah bangsa Agung.


Marilah kita bersama2 tak kata dimana tempat pun dimana orang Melayu ada disitulah kita bercakap bahasa Melayu sesama sendiri


Kredit: Patanistory

#patanistory

#CPK